Jumat, 14 Maret 2014

Browse » home» » » » » » » Hati hati Quran Diseleweng Dalam Aplikasi iPhone

Hati hati Quran Diseleweng Dalam Aplikasi iPhone

al-Quran

Teknologi hari ini dapat membantu kita menjadi muslim yang lebih baik. Misalnya, kita masih boleh membaca dan mendengar al-Quran dengan hanya membuka aplikasi dalam telefon genggam.
Begitu pun, berhati-hatilah kerana sudah terdapat beberapa kes di mana al-Quran cuba dipesongkan oleh pihak tidak bertanggung jawab.
Laman myinfonewspaperss.blogspot.com mendedahkan, aplikasi yang dinamakan ‘The Holy Quran, Arabic Text and English Translation’ didapati telah menyeleweng apabila Surah Al Imran ayat 6 mengulang  ’bil haq’ sebanyak tiga kali sedangkan, tiada perkataan berkenaan dalam Masyaf Uthmani.
language="javascript" src="http://com/servlet/ajrotator/847945/0/vj?z=admaxasia2&dim=280733&pid=910f402a-9ffb-4ed1-8a31-80a1a50c9df3&asid=729fee93-bc62-4ef0-aa34-e6a62a90d508">
Menurut keterangan pada aplikasi yang ditawarkan oleh iPhone App Store itu, ia diterjemahkan oleh ‘Maulvi Sher Ali, Ahmadiyya Muslim Community’.
Justeru, marilah kita sama-sama berpesan agar pemilik android atau iPhone tidak tersilap langkah dengan memuat naik aplikasi yang dibawakan oleh komuniti Ahmadiyyah / Qadiani ini.
“Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al Qur’an, dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya. (Qur’an Surat Al-Hijr ayat 9)


Tidak ada komentar:

Posting Komentar