Kamis, 26 Desember 2013

Browse » home» » » » Gempar Anne Ngasri!!!!

Gempar Anne Ngasri!!!!

Kurang 10 hari sahaja lagi pelakon Anne Ngasri, 28, bakal melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihan, Mohd Sumali Reduan. Dan ketika ini tentunya ibu beranak 3 ini sedang sibuk dengan persiapan terakhir menjelang hari bahagianya pada 22 Disember 2012. Pada hari pernikahan itu nanti Anne akan mengenakan baju kurung moden berwarna putih rekaan pereka terkenal, Ezuwan Ismail.


..

"Jujurnya buat masa sekarang saya masih berdebar untuk menanti saat dinikahkan. Macam mana kali pertama dahulu, samalah juga kali ini. Debarannya tetap sama.Saya mengharap agar majlis yang akan dilangsungkan berjalan lancar", katanya pelakon kepada Media Hiburan online.

Oleh kerana ini merupakan perkahwinan kedua baginya, Anne lebih selesa untuk mengadakan majlis kesyukuran sahaja dan tanpa sebarang majlis persandingan.

Pemilik nama sebenar Ngasriah Ngasri ini mengikat tali pertunangan dengan ahli politik berusia 40 tahun itu pada 11 November lalu.

Anne sebelum ini pernah berkahwin dengan Abdul Wafi Hassan pada 26 Mei 2006 sebelum bercerai pada tahun 2010 dan mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Abdul Warits, 4, Abdul Wafri, 3 dan Nazharah Afrozah, 2.

Sementara kita juga menantikan hari pernikahan pasangan ini, di bawah gambar Anne sibuk mencuba baju untuk majlisnya nanti.

.
..

Tidak ada komentar:

Posting Komentar