Sabtu, 21 Desember 2013

Browse » home» » » » » » » » Lemahnya Alasan Si Pelukis Hina Islam Ni

Lemahnya Alasan Si Pelukis Hina Islam Ni

Lemahnya Alasan Si Pelukis Hina Islam Ni | Pelukis Anurendra Jegadeva yang telah menimbulkan rasa kurang senang umat Islam khususnya di Malaysia berikutan lukisan berhuruf "i" yang menjadi pertikaian tampil memberikan jawapan. Apakah jawapan tersebut akan memuaskan hati umat Islam? Kita lihat kenyataan dibawah yang dikeluarkan di sebuah portal.

Menurut si pelukis berkenaan, lukisan tersebut adalah sebagai tanda sokongannya kepada rakyat Iraq yang telah ditindas oleh Amerika Syarikat pada peringkat awal serangan Amerika Syarikat ke atas negara itu dan kesan-kesan buruk yang menimpa rakyat Iraq.

Selain itu, penjelasannya tentang beberapa perlambangan dalam lukisan tersebut termasuklah gambar cimpanzi menunggang basikal, memang sedap didengar. Namun penjelasannya tentang KALIMAH BISMILLAH yang diterbalikkan dalam lukisan itu dan disekutukan pula dengan nasib rakyat Iraq, sememangnya langsung tidak masuk akal.

Anurendra Jegadeva cuba mengaitkan KALIMAH BISMILLAH dengan rakyat Iraq. Kononnya, terbaliknya kalimah tersebut dalam lukisannya, menggambarkan terbaliknya juga hidup rakyat Iraq yang diperangai oleh pemimpin sendiri, pemimpin dunia dan pelobi-pelobi minyak. Kononnya dia tidak mempunyai sebarang niat untuk mempersendakan agama Islam.

KALIMAH BISMILLAH merupakan kalimah yang berkaitan rapat dengan agama dan umat Islam, bukan sekadar Iraq. Apa yang dilakukan oleh pelukis tersebut walau apa alasan yang diberikan sekalipun, adalah bertujuan mempersendakan Islam. Dan meskipun dia berdiri sepanjang masa di tepi lukisannya menerangkan maksud KALIMAH ISLAM diterbalikkan kepada setiap pengunjung dan penengok hasil karyanya itu, dia tetap mempersendakan Islam.

KALIMAH berkenaan bukannya seperti gambar Hanuman yang boleh diterbalikkan oleh penganut Dewa Murugan, atau gambar Dewi Kali diterbalikkan oleh penyembah Siva. KALIMAH BISMILLAH bukannya sejenis lukisan walaupun dibuat dan diterjemahkan dalam bentuk khat yang merupakan salah satu daripada cabang seni aksara. Dan merupakan kesalahan besar dalam Islam sendiri apabila kalimah itu dibaca secara menyongsang! sumber



Tidak ada komentar:

Posting Komentar